28 Julai 2009

PERTANDINGAN LARI BERGANTI-GANTI MEDLAY DAERAH KERIAN

22 Julai 2009 SKPHA telah menghantar pasukan relay lelaki ke pertandingan lari berganti-ganti sempena Bulan Kecergasan anjuran PPD Kerian. Pertandingan ini telah diadakan di padang SMK Sri Kurau. Pasukan SKPHA talah mendapat tempat kedua dalam saringan, seterusnya layak ke pertandingan akhir.
Pertandingan akhir telah diadakan di SMK Baru Parit Buntar,iaitu pada 26 Julai 2009 (Sabtu). Sekali lagi pasukan ini telah mendapat tempat kedua seterusnya merangkul gelaran naib johan daerah Kerian. Johan telah dimenangi oleh Sk Tanjung Piandang.
Pasukan SKPHA telah diwakili oleh:
1. MUHAMAD LUQMAN HAKIM B. KAMARIDDIN
2. MUHAMAD NIZAMUDDIN B. KAMARUZZAMAN
3. MUHAMAD AIDIL B. ANUAR
4. MUHAMAD ASYRAF B. ANUAR
TAHNIAH KEPADA MEREKA KERANA TELAH MENGHARUMKAN NAMA BAIK SKPHA.

0 ulasan:

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP